fb fb fb fb fb

Tindakan CBP AS terhadap Sime Darby Plantation tidak berasas, terburu-buru - Zuraida



KUALA LUMPUR, 31 Januari - Tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap Sime Darby Plantation (SDP) atas alasan isu buruh paksa adalah terburu-buru dan tidak berasas. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berpendapat ia berikutan SDP sedang menyusun laporan bebas yang komprehensif dan bakal diserahkan kepada Amerika Syarikat dalam masa terdekat. 

Menerusi satu kenyataan, Zuraida dengan tegas ingin mengulangi bahawa industri minyak sawit Malaysia beroperasi di bawah piawaian ketat yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Katanya, kementeriannya juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi memastikan industri minyak sawit negara mematuhi undang-undang dan amalan domestik dan antarabangsa.

Kementerian akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut daripada agensi berkaitan di Amerika Syarikat agar penyelesaian segera dapat dicapai. 

CBP telah menurunkan taraf tindakan terhadap SDP daripada Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) kepada penemuan.

Di bawah WRO, produk masih boleh mendarat di Ameriksa Syarikat namun tidak boleh didagangkan atau diproses.

Bagaimanapun, berikutan notis penemuan yang diterima SDP, sebarang produk yang ditemui akan dirampas.

 

Media Baharu