(FOTO FAIL)
KUALA LUMPUR, 22 Jun - Orang ramai diminta tidak terus terpedaya dengan tawaran upah haji atau badal haji.
Sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Tabung Haji sebelum menerima sebarang tawaran dari mana-mana pihak yang menawarkan pakej yang tidak munasabah.
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, konsep badal haji itu sepatutnya dilakukan secara sukarela bagi menggantikan seseorang yang tidak dapat menunaikan haji kerana faktor kesihatan atau kematian.
Tambah beliau, caj dikenakan juga dianggap tidak munasabah kerana kos sebenar perjalanan dan penginapan melebihi daripada RM1,500 dan ia menambahkan lagi kecurigaan tawaran itu sedangkan kos sebenar jauh lebih mahal berbanding caj yang ditawarkan.
(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ketika ditemu
bual Berita RTM selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri)
"Sebab itu kita harapkan kepada mereka yang mengendalikan, nak buat badal haji ini perlu bersifat amanah dan sifat yang baik kerana ini adalah harapan orang terutamanya dalam soal ibadah kepada Allah S.A.W, untuk menggantikan mereka yang tak boleh pergi akibat daripada keuzuran atau meninggal dunia, maka sudah tentu bagi siapa yang nak buat ini biarlah jujur dan sebagainya," kata beliau yang ditemui selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri, di sini malam tadi.
Sebelum ini Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah melaporkan lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja bagi mengaut keuntungan.