fb fb fb fb fb

Taufan Michaung, Wisma Putra pantau rapat perkembangan semasa

Foto Fail

PUTRAJAYA, 5 Disember- Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat perkembangan Taufan Michaung, yang melanda beberapa daerah di selatan India.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata taufan dengan kelajuan angin 90 hingga 100 kilometer per jam itu mengakibatkan banjir serta gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin.

Selain itu, ia turut menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, dihentikan.

"Antara Lokasi terjejas ialah Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpattu di Tamil Nadu serta Nellore dan Bapatla di Andhra Pradesh," kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Bagi yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM