fb fb fb fb fb

eMADANI: Penerima luah rasa syukur

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Pemberian kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 kepada yang berkelayakan akan dimanfaatkan untuk membeli barangan keperluan harian.

Penerima juga menzahirkan rasa syukur dengan pemberian inisiatif tersebut yang akan membantu meringankan beban.

"Alhamdulillah saya daripada kategori B40 dan prosesnya tidaklah lama sangat, satu hari dua sahaja. Manfaatnya, kita boleh guna untuk buat belanja harian juga sebab kita pelajar, kita duit belanja terhad, jadi bila dapat bantuan dapat beli barang lain", kata penerima eMADANI Nurasni Afiqah.

"Bagi setengah orang RM100 cukup untuk membantu mengurangkan beban. Untuk saya sendiri, ia dapat kurangkan beban sikit untuk belanja sehari, untuk makan dan membantu saya sedikit sebanyak", kata penerima Suria Ali.

" Bagi saya bantuan dari kerajaan membantu kepada golongan B40. Yang berpendapatan rendah amat memerlukan, mudah hendak beli barang di pasar raya. eMADANI perlu dilaksanakan lagi, mungkin dari segi jumlah boleh ditambah", kata penerima Aizat Muhamad.

"eMADANI membantu kami yang memerlukan. Ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan nasib rakyat. RM100 besar nilainya untuk kami yang bergaji kecil', kata Saad Johanis.

ROSLINA BINTI DIN