fb fb fb fb fb

Elak ditipu pekerjaan dalam talian, media dan pencipta kandungan perlu main peranan - Teo

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Media dan pencipta kandungan (content creators) harus memikul peranan dalam mendidik orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata terdapat banyak pihak yang berniat jahat, mengambil peluang melakukan sindiket pemerdagangan manusia menerusi tawaran pekerjaan palsu dalam talian.

"Pemerdagangan manusia ini bukan satu jenayah baharu baik di negara kita atau mana-mana negara di dunia ini. Dengan kepesatan teknologi digital sekarang ini, pelbagai jenis jenayah turut wujud pada platform dalam talian.

Oleh itu, kita perlu didik masyarakat supaya tidak mudah menjadi mangsa kepada penipuan pekerjaan. Jika mengikut laporan, purata rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar ini adalah selama lapan jam enam minit yang mana ia adalah satu tempoh masa yang sangat panjang," kata Teo kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kempen TIP the Narrative di ibu negara.

Teo Nie Ching turut menasihati orang ramai agar melakukan pemeriksaan terlebih dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam talian.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM