fb fb fb fb fb

Tatu sempena HTD ke-90 lebih meriah, berbeza

PORT DICKSON, 12 Mac- Setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19, persembahan Tatu Sempena Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) ke-90, pada Sabru, berlangsung lebih meriah dan berbeza.

Pelancaran hari pertamanya disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Tatu Tentera Darat merupakan persembahan hiburan yang merangkumi variasi pertunjukan kemahiran dan kepakaran anggotanya secara berkumpulan.

Selain ia turut melibatkan konsep perarakan dan keseragaman di antara para anggota tentera.

(Tatu Tentera Darat merupakan persembahan hiburan yang merangkumi
variasi pertunjukan kemahiran dan kepakaran anggotanya secara berkumpulan)

Acara yang diadakan malam tadi adalah Pancaragam Gabungan Tentera Darat, Tarian Perang, Tempur Tanpa Senjata dan banyak lagi.

Meskipun cuaca hujan, ia tidak mengahalang orang ramai untuk membanjiri dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini.

Bagaimanapun persembahan terpaksa ditangguhkan selama satu jam ekoran cuaca buruk.

Berlangsung sehingga hari ini, program turut dihiasi dengan karnival Hari Terbuka Tentera Darat 2023 yang memaparkan aset serta kerjaya tentera darat, selain pertunjukan Kepakaran, Demonstrasi serta persembahan hiburan.

Media Baharu