fb fb fb fb fb

Nelayan meninggal dunia dalam bot

(Foto IPD Mersing)

MERSING, 12 Mac- Seorang nelayan warga tempatan meninggal dunia dalam sebuah bot di perairan Pulau Pemanggil, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata lelaki berusia 28 tahun itu keluar menangkap ikan bersama 14 kru yang lain sejak 7 Mac lalu.

Menurut beliau, punca kematian akan diketahui selepas mendapat laporan analisis sampel darah daripada Jabatan Kimia.

Jelasnya, lelaki itu disedari sudah meninggal dunia semasa dikejutkan dari tidur oleh kru lain kira-kira 7.55 pagi.

(Punca kematian akan diketahui selepas mendapat laporan
analisis sampel darah daripada Jabatan Kimia/Foto IPD Mersing)

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing melaksanakan Op Gelora untuk membawa pulang mayat dengan sebuah bot.

Bot tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing dan mayat seterusnya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Media Baharu