fb fb fb fb fb

Rebut peluang sertai Wanita Bangkit@KPWKM - Nancy

KOTA KINABALU, 12 Mac- Wanita disaran merebut peluang yang ditawarkan dalam program Wanita Bangkit@KPWKM, bagi meningkatkan taraf ekonomi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata program akan membimbing wanita menjadi usahawan berjaya.

Seterusnya dapat membantu wanita lain dalam memberikan peluang pekerjaan, mengambil upah dan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Beberapa inisiatif diperkenalkan dalam program tersebut termasuk Wanita Bangkit@KPWKM MyKasih Kapital, iaitu bantuan kepada wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan.

(Datuk Seri Nancy Shukri)

Menurut beliau, peserta MyKasih Kapital akan dinilai dan dipantau serta perlu mengikuti kursus oleh agensi kerajaan seperti Perkeso, selain perkongsian pengalaman dan panduan daripada usahawan berjaya.

Setakat ini, 18,250 wanita menyertai program keusahawanan itu dan telah diberikan modal perniagaan, selain bimbingan dan motivasi serta dihubungkan dengan mentor berpengalaman yang juga rakan strategik kementerian.

Nancy berkata demikian ketika merasmikan program Wanita Bangkit@KPWKM yang dihadiri lebih 500 wanita, di sini pada Sabtu.

Media Baharu