fb fb fb fb fb

Tata kelola baik, jumlah pendapatan negara mula meningkat - PM

SUNGAI PETANI, 14 April- Ketegasan kerajaan menjalankan pentadbiran dengan tata kelola baik, akan memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan itu bersandarkan jumlah pendapatan negara yang mula meningkat beberapa bulan kebelakangan ini.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meingkat, melonjak naik dalam masa dua, tiga bulan ini...cukup tinggi dan angka kita akan umumkan kemudian. 

"Jadi maknanya bila kita lakukan satu sikap pendirian kita yang tegas, 'peniaga-peniaga' besar, saudagar kaya yang jarang nak bayar cukai penuh, semua bayar sekarang. Kerana kita tunjuk jangan tolak ansur...orang bawahan kena bayar cukai, kaya cuba elak...kita bagi isyarat dua, tiga bulan lalu dan hasil kita melonjak naik.

"Saya sebut juga kepada penjawat awam...kalau hasil meningkat...insya-Allah kalau dalam tempoh setahun, dua tahun keadaan itu berubah dengan pesat seperti mana kita lihat pelaburan dari negara China, semalam rombongan dari Amerika Syarikat...pelaburan itu bertambah, saya beri jaminan insya-Allah keutamaan bila ekonomi kita baik akan naikkan gaji dan elaun penjawat awam keseluruhan," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri Madani, di sini hari ini.

Anwar yakin jika pendapatan negara terus meningkat, kerajaan mampu untuk memulangkannya kepada penjawat awam dalam bentuk kenaikan gaji dan elaun. 

Untuk itu, penjawat awam terutamanya agensi penguat kuasa perlu memastikan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan meskipun berhadapan cabaran dari anasir luar.

Media Baharu