fb fb fb fb fb

FSA2, peminjam gagal bayar balik pinjaman berisiko disenarai hitam

(Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan)

PUTRAJAYA, 14 April- Peminjam Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang gagal membayar balik pinjaman dalam tempoh ditetapkan, berisiko disenarai hitam.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan nama mereka juga akan direkodkan dalam CCRIS dan CTOS atas keingkaran tersebut.

"Walaupun demikian dia masih lagi menikmati dividen dalam akaun kwspnya itu sekitar 5-6 peratus tahun tiap-tiap tahun yang diumum, tetapi apabila katalah 5 tahun dia bayar 5 tahun kedua 'default' tidak bayar...bank tidak boleh mengambil daripada kwspnya sehingga umur 50 tahun. Jadi oleh sebab itu ia bukanlah satu cagaran," katanya.

(FSA2, KWSP yang gagal membayar balik pinjaman dalam tempoh ditetapkan, berisiko disenarai hitam)

Sehingga 11 April lalu, seramai 59,230 pencarum telah memohon FSA2 sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 yang layak.

FSA2 adalah kemudahan bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan sehingga RM50,000 daripada institusi perbankan, tetapi pemohon dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di Jabatan Penelitian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), di sini hari ini.

Media Baharu