fb fb fb fb fb

PM umum "berita baik" Selasa depan

(Foto fail)

PERMATANG PAUH, 14 April- Beri peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir menerusi tatakelola yang baik dan menghentikan rasuah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Pilihan Raya Negeri tidak akan memberi kesan kepada kerajaan Persekutuan namun peluang itu perlu diberikan agar dapat mempertahankan negara pada masa akan datang. 

"Kita percaya bagi kesempatan kita stabil politik, kita kerja sebagai satu pasukan hadapi Pilihan Raya Negeri dengan cukup yakin walaupun ia tidak akan mengesankan kerajaan Persekutuan

"Tetapi bagi tempoh kita untuk beberapa tahun ini untuk membuktikan pertama tatakelola yang baik, hentikan amalan 'sakau-menyakau'. Dengan hasil kita yang baik beri keadilan kepada orang yang berkorban untuk mengawal dan meningkatkan ekonomi negara. Orang-orang itu kita mulakan dengan penjawat awam. Itu sahaja berita baik saya nak sampaikan.

"Ada beberapa pengumuman lain saya akan buat pada hari Selasa, yang disebut sedikit berita baik tambahan itu hari Selasa," kata Anwar dalam Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang di UiTM Permatang Pauh di sini.

(Datuk Seri Anwar umum "berita baik" Selasa depan)

Media Baharu