fb fb fb fb fb

40,000 unit PPR, PA di empat negeri layak nikmati Pakej Perpaduan @MyKabel

KUALA LUMPUR, 14 April- 40,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di empat buah negeri akan menikmati Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel.

Pakej yang menawarkan internet berkelajuan 100 Mbps dan data tanpa had itu kini boleh dilanggani pada harga serendah RM69.00 sebulan.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil empat negeri berkenaan adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Siri ketiga Inisiatif Pakej Perpaduan yang ditawarkan syarikat TIMEdotCom itu juga akan diperluas kepada keseluruhan 60,000 unit PPR di Kuala Lumpur.

"40,000 yang saya sebut adalah target awal bagi pihak Time, bagi semua kawasan PPR.

"Kalau tak silap saya di Kuala Lumpur ada 60,000...jadi sebagai permulaan yang akan diusahakan oleh pihak Time ini ialah 40,000...tapi selepas itu kita akan tingkatkan lagi, insya-Allah," katanya.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas Melancarkan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel di PPR Kerinchi, Pantai Dalam.

PPR lain yang turut menerima manfaat bawah inisiatif ini termasuk PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang 2, PPR Taman Putra Damai, PPR Kerinchi, Perumahan Awam Desa Rejang.

Manakala, di Johor dan Pulau Pinang melibatkan PPR Melana Indah 2 dan PPR Kampung Melayu.

Media Baharu