fb fb fb fb fb

Semua kaunter CIQ BSI, KSAB di Johor dibuka sepanjang Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 14 April- Semua kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, akan dibuka sepenuhnya sepanjang Aidilfitri.

Langkah tersebut bagi memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk pengembara.

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi kenyataan memberitahu bagi mengatasi kesesakan lebuh raya dari Senai ke Kulai pula, PLUS akan membenarkan pemggunaan lorong kecemasan oleh kenderaan awam menerusi 'smart lane'.

(Semua kaunter CIQ BSI, KSAB di Johor dibuka sepanjang Aidilfitri)

Lebuhraya Senai Desaru (SDE) juga sedang memperhalusi cadangan sama, sebagai laluan alternatif semasa kesesakan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mohamad Fazli sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Aliran Trafik Negeri Johor Sempena Perayaan Aidilfitri 2023, di sini hari ini.

Media Baharu