fb fb fb fb fb

Masalah perkongsian talian internet diselesaikan secara berfasa

(Fahmi ditemubual dalam sidang media selepas melancarkan Pakej
Perpaduan PPR/ PA @MyKabel di PPR Kerinchi, Pantai Dalam)

KUALA LUMPUR, 14 April- Masalah perkongsian talian internet yang dihadapi sebahagian pengguna bakal diselesaikan pada atau selepas Jun nanti.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihak kementerian akan menyelesaikan masalah perkongsian rangkaian (network sharing) secara berfasa.

Siri perbincangan bersama syarikat telekomunikasi terlibat juga telah diadakan bagi mengenal pasti masalah dan penyelesaian praktikal.

"Soalannya berkisar perkongsian rangkaian. Perdana Menteri arahkan KKD meninjau semula pelaksanaan 5G. Maka itu menjadi fokus kita sehingga selesai.

"Pada masa sama KKD telah mengadakan siri perbincangan dengan syarikat telekomunikasi dan kita telah kenal pasti kaedah untuk rapatkan jurang, menyelesaikan maslah perkongsian rangkaian dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang berbeza,"kata Fahmi dalam sidang media selepas melancarkan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel di PPR Kerinchi, Pantai Dalam di sini,

Tambahnya meskipun rangkaian capaian internet 4G di seluruh negara kini mencapai 96.92% kawasan berpenduduk, namun ia berbeza mengikut syarikat telekomunikasi.

Kesefahaman antara syarikat telekomunikasi perlu dicapai bagi memenuhi jurang 3.8% berkenaan.

(Fahmi berkata masalah perkongsian talian internet diselesaikan secara berfasa/Foto fail)

Media Baharu