fb fb fb fb fb

PM hadir Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni, Iftar KDN Madani

(Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani)

SUNGAI PETANI, 14 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini.

Lebih 2,000 tetamu hadir terdiri daripada warga KDN, penerima sumbangan, wakil Jabatan, agensi bawah KDN dan pemimpin tempatan.

Dalam majlis itu Anwar turut menyampaikan bakul Rahmah kepada penerima sumbangan dan menyampaikan sijil kewarganegaraan kepada 51 penerima.

Program berlangsung di Sekolah Latihan Asas Kepolisan ( SLAK) di sini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha  KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Terdahulu Perdana Menteri memberi penghargaan kepada warga KDN dan tentera yang menjalankan tanggungjawab menjamin keselamatan dan keamanan negara.

(PM hadir Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni, Iftar KDN Madani)



 

Media Baharu