fb fb fb fb fb

Dua juta kenderaan dijangka masuk Johor sempena Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 14 April- Dua juta kenderaan dijangka akan memasuki negara ini melalui pintu sempadan Johor-Singapura sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kesesakan luar biasa itu melibatkan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan memperketat kawalan di lokasi panas berlaku kemalangan serta kesesakan lalu lintas.

"Kalau melihat pada 'hot spot' dekat tempat berlaku kemalangan, ada 47, tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan termasuk di bandar-bandar terutamanya di Muar, Batu Pahat, Johor Bahru sendiri, di Kulai dan juga kawasan felda.

"Makna memang akan banyak kenderaan...dan 'hot spot' untuk kemalangan ada 27 tempat yang kita telah kenal pasti daripada kajian kita," katanya.

(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menyantuni program Keselamatan Jalan Raya JSPT Johor bersama Perkeso di Tol Perling.

Tambah Kamarul Zaman, seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan utama seluruh negeri terutama di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Dalam pada itu, polis Johor akan melakukan sekatan jalan raya pada sebelah malam di 24 lokasi bagi memastikan tiada kegiatan   jenayah berlaku pada musim perayaan ini.

Pihaknya akan mencegah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meloloskan diri keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak sah di negeri tersebut.

Media Baharu