fb fb fb fb fb

Op Raya: JKN Melaka catat kompaun bernilai RM47,000

AYER KEROH, 14 April- Sejumlah RM47,000 nilai kompaun direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka sepanjang Op Raya 2023, sejak 1 April hingga hari ini,

Ia melibatkan 29 kompaun dengan pelbagai kesalahan seperti pembungkusan, pelabelan iaitu tiada alamat pengimport serta tamat tarikh luput.

Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, sebanyak 41 buah pasar mini, kedai runcit dan pasar raya diperiksa JKN dengan 1,111 makanan disita yang bernilai lebih RM6,555.

"Operasi ini saya dapati beberapa barangan telah luput tarikh masih lagi dijual.

"Kami juga dapati peniaga masih lagi mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan makanan tamat tarikh luput seperti bungkusan yang rosak dialihkan daripada pameran untuk jualan serta tidak mematuhi aspek kebersihatan premis.

(Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem)

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan Op Hari Raya 2023, di sini hari ini.

Media Baharu