fb fb fb fb fb

Tarikh permulaan puasa diisytihar Rabu depan

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini akan diisytihar pada Rabu malam, 22 Mac ini.

Kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan nisab.

"Kaedah itu dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

"Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi, pada petang 22 Mac," menurut kenyataan itu.

(Tarikh permulaan puasa diisytihar pada Rabu malam)

Media Baharu