fb fb fb fb fb

DUN Melaka lulus tubuh dua kumpulan Tabung Wang Amanah

AYER KEROH, 15 Mac - Kumpulan Wang Tabung Amanah Melaka dan Kumpulan Wang Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) ditubuhkan.

Penubuhan dua kumpulan wang amanah itu telah diluluskan dalam Persidangan Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.

Usul itu dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut resolusi bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972) bagi menubuhkan dua kumpulan wang amanah tersebut.

Usul tersebut disokong oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusof (BN-Tanjung Bidara) dan kemudiannya dibahas oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban), Adly Zahari (PH-Bukit Katil) dan Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong).

Sulaiman ketika menggulung usul berkenaan berkata penubuhan kedua-dua tabung itu bakal memberi impak positif kepada kerajaan negeri terutama dalam aspek tadbir urus kewangan dan aset-aset kerajaan negeri dengan lebih telus.

"Dilihat sebagai penambahbaikan urus tadbir kewangan tabung amanah dan CMI ke arah menginstitusikan ketelusan segala terimaan dan bayaran berkaitan pengurusan dan aset milik kerajaan negeri, yang ketiga ketiga penubuhan kumpulan Wang Amanah ini membolehkan penyata kumpulan wang amanah ini diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan dibentangkan di dewan yang mulia ini bersama penyata kewangan kerajaan negeri sebagai kumpulan wang amanah disatukan" kata Sulaiman di sini.

(Sulaiman ketika membentangkan usul penubuhan dua kumpulan Wang Amanah berkenaan
dan mendapat sokongan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka pada Persidangan itu)

Usul tersebut disokong sebulat suara oleh 25 ADUN manakala tiga ADUN tidak hadir.


Media Baharu