fb fb fb fb fb

Siri jelajah perjelas isu tuntutan kumpulan Sulu akan diadakan

KOTA BHARU, 15 Mac - Kerajaan akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negara untuk menjelaskan berkenaan kes isu tuntutan kumpulan Sulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siri jelajah berkenaan akan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau berkata, siri jelajah itu untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kumpulah Sulu ini adalah pengganas.

Katanya, kumpulan Sulu bukan sahaja dikategorikan sebagai penyeludup atau penceroboh tetapi juga pengganas.

Menurutnya, gambaran ini harus dihebohkan ke seluruh dunia kerana kumpulan pengganas ini sedang menjalani hukuman selepas melalui proses perbicaraan di mahkamah.

"Menteri Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman yang akan mengadakan beberapa 'roadshow' di beberapa negara terutama negara yang mempunyai mahkamah yang telah memberikan kelulusan dan menjatuhkan hukuman yang berpihak kepada kumpulan pengganas ini," kata Zahid.

(Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bercakap kepada pemberita pada
Program Ramah Mesra bersama Kakitangan Kemas Kelantan
di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan di Tanjong Chat)

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan menghantar wakil ke Eropah bagi mengendalikan beberapa kes tuntutan waris Kesultanan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan membuat keputusan untuk mewakilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman untuk bertindak bagi mengendalikan kes itu termasuk ke Perancis.

Kerajaan juga sedang melakukan semakan untuk menentukan sekiranya ada dalam kalangan lapan individu yang mendakwa waris kumpulan Sulu mempunyai pertalian dengan pengganas Royal Sulu Forces (RSF).

Media Baharu