fb fb fb fb fb

Salah guna nama PMO, tindakan amat tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan pejabat itu bagi tujuan tertentu.

Menerusi satu kenyataan, PMO memaklumkan tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab.

"Ia sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti PMO dan institusi Kerajaan," menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut, termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian.

(Foto Bernama)

Media Baharu