fb fb fb fb fb

Perkenal modul PPI di Tabika Kemas mulai tahun ini

KOTA BHARU, 14 Mac - Kerajaan menambah baik kurikulum pendidikan Islam sedia ada di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan memperkenalkan modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) mulai pengambilan tahun ini seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aspek ibadah dan pembelajaran al-Quran merupakan antara fokus yang akan didedahkan kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, bagi aspek ibadah khususnya fardu kifayah akan memberi penekanan terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam.

Katanya, ia turut disertakan dengan beberapa praktikal serta pendekatan secara amali termasuk wuduk, penyucian, solat dan ibadat.

Pada masa sama, ia tidak akan mengenepikan kanak-kanak agama lain yang turut bebas untuk beragama dan mereka boleh memulakan pendidikan dalam agama masing-masing.

"Kita telah memfokuskan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak ini tentang dua aspek iaitu aspek ibadah khususnya fardu kifayah yang memberikan penekanan terhadap rukun iman dan rukun islam.aspek yang kedua ialah pelajaran al-Quran dimana kita akan memberikan penekanan penghafalan, muqaddam dan juga juzuk yang ke 30 al-Quran," kata Ahmad Zahid di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Ramah Mesra bersama Kakitangan Kemas Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, di Tanjong Chat di sini.

(Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata,
modul ini akan dimulakan tahun ini yang melibatkan 250,000 kanak-kanak
di seluruh negara termasuk pengambilan baru)

Pada perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan komunikasi digital sebagai modul baharu kepada pemaju dan pendidik masyarakat di Kemas.

Ahmad Zahid berkata, pendigitalan harus dilakukan dalam masa terdekat tanpa mengabaikan komunikasi bersemuka yang turut penting pada masa ini.

Media Baharu