fb fb fb fb fb

KPM, KBS meterai Kod Sukan Selamat

(Foto Bernama)

PUTRAJAYA, 15 Mac- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memeterai kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan bagi menerapkan Kod Sukan Selamat di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata penerapan kod itu nanti akan terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.

Ia selaras dengan komitmen kementerian mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan.

"Intipati Kod Sukan Selamat ini antara lain ia adalah pengiktirafan berdasarkan olimpik punya kod.

"Yang kedua, ia merangkumi banyak aspek khususnya tentang etika perlindungan dan peranan ibu bapa komuniti sukan secara keseluruhan dan akhirnya pastilah berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada kes-kes melibatkan gangguan seksual, buli dan sebagainya, kata Fadhlina.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

Beliau ditemui media selepas melancarkan Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 dan Seminar Kejurulatihan Sukan, di sini hari ini.

Kejohanan MSSM 2023 akan dilaksanakan secara 4 fasa bermula 15 Julai depan yang menyasarkan lebih 19,000 penyertaan terdiri daripada murid, jurulatih, pengurus dan pegawai kontinjen Majlis Sukan Negeri.

Media Baharu