fb fb fb fb fb

Ruang solat lebih besar di PPS Johor

JOHOR BAHRU, 15 Mac- Menjelang bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menyediakan ruang solat lebih besar dan selesa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi.

Ia bagi membolehkan penghuni PPS melaksanakan solat jemaah dan Tarawih dengan selesa, memandangkan mereka dijangka berlindung di PPS sehingga Ramadan.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, penyediaan ruang solat berkenaan akan dilaksana secepat mungkin sebelum Ramadan minggu depan.

"Tidak boleh lupa juga ya, kalau sekarang kita perasan sebahagian PPS tidak mempunyai ruang solat yang luas jadi kita kena sediakan supaya lebih ramai dapat sama-sama tunaikan solat fardu dan tarawih," kata Mohd Fared kepada pemberita selepas pengumuman kadar zakat fitrah Johor 2023 di sini.

Sementara itu, 12 masjid dan 11 surau di Batu Pahat, Tangkak dan Muar dikenal pasti terjejas akibat banjir, setakat ini.

Makluman kerosakan, termasuk kerosakan sekolah-sekolah agama Kerajaan Johor sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Johor, hari ini.

Jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa dan jumlah akhir akan diketahui selepas banjir reda sepenuhnya.

(Mohd Fared berkata Ruang solat lebih besar akan  disediakan di PPS Johor)

Media Baharu