fb fb fb fb fb

Malaysia tolak ideologi ekstremis

(Foto FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 15 Mac- Perdana Menteri menolak Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.

Menerusi Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif.

Menurut Perdana Menteri, Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada hari ini, bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia.

"Terutama ketika umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan dalam masa terdekat," tambah beliau.

Perdana Menteri mengajak rakyat supaya mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia MADANI dan menolak ideologi ekstremis dalam menyambut bulan mulia itu.

(Datuk Seri Anwar tegas Malaysia tolak ideologi ekstremis)

Media Baharu