fb fb fb fb fb

Insurans di bawah payung Rahmah bakal diperkenalkan

SELANGOR, 15 Mac- Satu pelan pinjaman dan insurans perlindungan bagi golongan B40 akan diperkenalkan di bawah payung Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu sesi libat urus berkaitan akan diadakan bersama institut perbankan dan pihak insurans bagi membincangkan inisiatif berkenaan.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Saya selepas menu, selepas jualan, selepas pakej dan kafe saya juga telah meminta diadakan perbincangan dengan pihak bank dan perkara ini akan saya mungkin adakan minggu depan dengan pemain industri perbankan ini supaya mungkin sebentar tadi dengan pihak pengurusan MBSB mereka cakap mungkin ada pinjaman untuk b40, jadi ideanya sudah ada, jadi untuk seterusnya kita akan adakan sesi libat urus," katanya pada sidang media Kempen Klasiknya Raya Mydin di bawah Payung Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin USJ.

Tambah beliau, sebelum ini satu perbincangan sudah diadakan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mendapatkan pandangan dan cadangan dalam mengadakan perbincangan dengan bank tempatan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Salahuddin turut menyatakan akan mengumumkan skim harga maksimum menjelang sambutan hari raya dalam masa terdekat.

Media Baharu