fb fb fb fb fb

Gerakan bantuan pasca banjir di Johor dipergiat

IPOH, 15 Mac - Misi bantuan pasca banjir di Johor akan terus dipergiat, kata Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Aminurrahim Mohamed.

Pihaknya telah menerima arahan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, dan Tugas-tugas Khas) bagi menggantikan 180 pegawai sukarelawan yang dihantar daripada negeri lain untuk membantu kawasan terjejas.

Jumlah penghantaran itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan jawatankuasa yang akan menentukan bilangan anggota yang diperlukan.

"Di Johor memang kita sedang menunggu sebab di negeri Johor ini kita memang ada satu jawatankuasa yang menentukan keperluan keperluan berapa banyak sukarelawan dan kita sudah bersedia.

"Kita sediakan untuk menghantar sebab kita perlu tunggu daripada jawatankuasa tersebut untuk ditempatkan di kawasn mana, sebab kita tidak mahu ada tempat tempat yang tertumpu," kata Aminurrahim, di sini.

(Aminurrahim ketika ditemui media ketika
Sambutan Bulan Pertahanan Awam dalam Majlis Perhimpunan Setia
di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak pagi tadi)

Sehingga kini, seramai 1,200 anggota telah terlibat dalam bantuan pasca banjir di Johor.

Jelasnya, sukarelawan APM ketika ini mempunyai kekuatan 10,300 anggota yang aktif dan telah berdaftar.

Media Baharu