fb fb fb fb fb

Tarikh permohonan pengambilan pekerja asing akan diumumkan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Tarikh permohonan baharu berhubung pengambilan dan penggajian pekerja warga asing akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dalam satu kenyataan memaklumkan, majikan yang ingin menggaji pekerja warga asing perlu mengemukakan permohonan sendiri berdasarkan kepada keperluan sebenar.

"Sektor yang diluluskan bagi penggajian pekerja asing ialah pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekhidmatan domestik,"

"Majikan yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta perlu memastikan agensi tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981," katanya lagi.

Majikan juga dinasihatkan tidak membuat sebarang pembayaran melalui orang tengah atau pihak ketiga bagi mengelak penipuan.

Pada 10 Disember lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan kemasukan pekerja warga asing untuk semua sektor pekerjaan.

Media Baharu