fb fb fb fb fb

Kelantan kekal bebas rasuah 32 tahun bawah PAS - Ahmad Yakob

FOTO: FACEBOOK AHMAD YAKOB

KOTA BHARU, 10 Januari - Tiada pegawai tinggi dan individu lantikan politik terbabit dalam salah laku berkaitan kegiatan rasuah sejak 32 tahun bawah pemerintahan PAS.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, penglibatan dalam rasuah dapat dikawal kerana mereka mempunyai integriti yang tinggi.

Pihaknya sentiasa mengawal dan mengingatkan para penjawat awam mengenai integriti agar tidak terjebak dalam kancah rasuah.

"Setakat ini, Alhamdulillah bebas rasuah, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram dan kita doa keadaan bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi tahun 2022.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Perumahan dan Tempatan, Dr Izani Husin dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Pada majlis itu, seramai 24 ahli majlis dilantik daripada pebagai bangsa.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat banyak program pendedahan akhlak dan integriti dianjurkan untuk semua masyarakat di Kelantan.

 

 

Media Baharu