fb fb fb fb fb

Tarikh Aidilfitri belum ditetapkan - JAKIM

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 31 Mac- Masyarakat dinasihatkan agar tidak terkeliru dengan tangkap layar yang tular memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023”, dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan bersamaan 20 April.

"Buat semakan ketepatan tarikh Hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan Kalendar Hijri yang dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak.

"Semua pihak juga dimohon menghormati ketetapan Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian awal mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri," tambah kenyataan itu.

(Tangkap layar yang tular di media sosial)

Media Baharu