fb fb fb fb fb

Komuniti pendidikan mahu pendekatan baharu diteruskan

(Fadhlina ditemu bual pada media dalam program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 31 Mac- Pendekatan tiada kelas akademik pada minggu pertama persekolahan yang dilaksanakan buat pertama kali mendapat respons positif daripada pelbagai pihak.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, komuniti pendidikan meminta agar pekeliling baharu itu terus dilaksanakan dalam sesi pertama persekolahan akan datang.

"Semua sangat gembira, menceriakan. 'Makcik kantin' pun dapat manfaat daripada program itu diperkenalkan semua sekolah mendapat impak yang cukup terkesan daripada hala tuju yang kita tetapkan minggu pertama itu tidak ada sesi akademik tetapi lebih kepada suai kenal,," kata Fadhlina ketika ditemui media dalam program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan di sini.


(Fadhlina ketika ditemui media dalam program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat
Negeri Sembilan)

Media Baharu