fb fb fb fb fb

Tanjung Piai capai 98.90% liputan internet, komunikasi

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Kadar liputan internet dan komunikasi di Tanjung Piai, Johor telah mencapai 98.90 peratus, hingga 31 Januari lalu.

Manakala menerusi inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak 13 menara baharu telah siap dibina serta beroperasi, 86 stesen pemancar sedia ada siap dinaik taraf dan 8,822  premis dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkeupayaan gigabit.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, pelaksanaan tersebut merupakan usaha kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha meningkatkan kadar liputan internet.

Katanya MCMC juga, bersedia turun padang untuk membuat tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan dibuat.

"Tahun 2022 MCMC terima aduan daripada portal aduan mereka, untuk kawasan Kukup kami terima 18 aduan tentang liputan perkhidmatan kawasan mudah alih dan dua aduan tentang jalur lebar. Isu itu sudah selesai dan untuk Air Masin langsung tiada aduan yang diterima sepanjang tahun 2022.

"Bagi tahun 2023 satu aduan terima untuk kawasan kukup tentang liputan perkhidmatan mudah alih dan satu aduan diterima tentang perkhidmatan jalur lebar, dalam rekod MCMC isu tersebut telah selesai," kata Teo Nie Ching, di Parlimen.

Dalam pada itu katanya hingga 5 Mac lalu tiga daripada lima Point of Presence (PoP) telah disiapkan bagi Fasa 1 untuk dilanggan komuniti setempat di Tanjung Piai.

TETITIA YUSOFF