fb fb fb fb fb

KKR kenal pasti 16 projek sakit, berpunca daripada kontraktor

Datuk Seri Ahmad Maslan meninjau projek menaik taraf dan pemulihan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 7 Mac- Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 16 projek sakit daripada 746 projek dalam pembinaan. Kebanyakannya berpunca daripada masalah kewangan kontraktor.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, 2.14 peratus projek sakit berkenaan mengalami kelewatan lebih 60 hari atau 20 peratus lewat berbanding jadual asal pelaksanaannya.

"Pembinaan 746 yang sakit cuma 16, jadi 16 itu di seluruh negara kira-kira 2.14 peratus.

"Jadi bukan 746 sakit, 746 masih dalam pembinaan. Ia termasuk pelbagai bangunan jalan lebuh raya jambatan jalan biasa cerun itu yang kita laksana 746 pada saat dan ketika ini," katanya selepas meninjau projek menaik taraf dan pemulihan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menelan kos RM17.9 juta.

Selain masalah kewangan kontraktor isu COVID-19, pelantikan subkontraktor serta kekurangan bahan berkaitan pembinaan menjadi faktor penyumbang kepada kriteria projek sakit negara ini.
 
Kerajaan sentiasa memastikan projek pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual agar tidak menjejaskan 2,100 projek yang bakal dilaksanakan bawah kementerian itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI