fb fb fb fb fb

RUU Pendanaan Politik dalam penelitian

M.Kulasegaran

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Draf berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik masih di peringkat penelitian kata Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kulasegaran.

Bagi tujuan itu juga mesyuarat telah diadakan pada 29 Februari lalu bagi melihat keperluan secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.

Dua perkara dibangkitkan iaitu had skop bayaran sumbangan dan ketetapan tentang pendanaan awam untuk parti politik.

"Sebarang inisiatif ke arah penggubalan RUU Pendanaan Politik harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ia mencapai objektif sebenar iaitu ketelusan dalam pendanaan parti-parti politik.

"Ia secara tidak langsung dapat memantapkan integriti dan tadbr urus yang baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan wakil Jerlun Dr Abdul Ghani Ahmad berkenaan status penggubalan Akta Pendanaan Politik selepas ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI