fb fb fb fb fb

Tangki mendapan bernilai RM3 juta dijangka siap Mac 2023

(Majlis Menandatangani antara PETRONAS Gas Berhad dan Pesawah di PPK Pendang Selatan)

PENDANG, 16 November- Sebuah tangki mendapan air yang baharu bernilai RM3 juta sedang dibina di Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah dijangka siap pada Mac 2023.

Pembinaan tangki mendapan baharu itu bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di daerah itu.

Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata masalah gangguan air berlaku di kawasan berkenaan disebabkan sebuah tangki mendapan ditutup bagi melakukan kerja-kerja cucian.

Perkara tersebut mengakibatkan tangki yang lain juga tidak dapat berfungsi dan ia mengambil masa beberapa hari untuk kembali pulih.

Justeru, ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran, Tenaga Negeri Kedah, peruntukkan sebanyak RM3 juta telah diluluskan bagi projek berkenaan.

(Datuk Suraya Yaacob ditemui pemberita RTM di Pendang)

Apabila tangki tersebut siap, ia tidak perlu ditutup sepenuhnya apabila kerja-kerja cucian dilakukan.

Suraya menjelaskan, "tangki baharu ini boleh digilirkankan supaya tidak menggangu operasi harian tangki tersebut. Pada masa yang sama banyak kawasan-kawasan memerlukan rumah pam yang baharu.

"Dengan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar beberapa rumah pam juga dalam proses pembinaan seperti di Tok Set, Alor Pudak yang meliputi kawasan Tobiar."

Beliau yang juga ADUN Sungai Tiang bercakap kepada RTM selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PETRONAS Gas Berhad dan Pesawah di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK Pendang Selatan.

Media Baharu