fb fb fb fb fb

Dua PPS masih kekal dibuka di Kedah

(Foto JBPN Kedah)

ALOR SETAR, 16 November- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) kekal dibuka di Kedah susulan banjir kilat di dua daerah iaitu Kulim dan Bandar Baharu setakat pukul 8.00 pagi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata sejumlah 53 penduduk terjejas daripada 14 keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS berkenaan.

Di daerah Kulim, PPS Masjid Sungai Seluang menempatkan 40 Penduduk terjejas banjir daripada 10 keluarga manakala di daerah Bandar Baharu, PPS Surau Kampung Berjaya menempatkan 13 penduduk terjejas banjir daripada empat keluarga.

Pemantauan berterusan masih dilakukan dan paras air Sungai Sedim di Lembangan Sungai Muda setakat pagi tadi berada pada paras amaran.

Di Lembangan Sungai Kedah, aras air di Pelubang Barrage masih tinggi dan berada pada kategori bahaya.

Selain itu paras air sungai di lima lokasi lain di lembangan yang sama, berada paras amaran.

Kawasan terbabit ialah sistem pengairan air MADA Kuala Nerang dan Kampung Perik di Padang Terap, Kampung Padang Pasir daerah Kubang Pasu, Kubor Panjang di daerah Pendang dan Taman Aman daerah Kota Setar.

(Foto JBPN Kedah)

Media Baharu