fb fb fb fb fb

Rakyat disaran lakukan saringan kesihatan, kesan penyakit lebih awal

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 16 November - Rakyat disaran menjalankan saringan kesihatan asas setiap tahun agar pengesanan awal penyakit terutamanya penyakit diabetes dapat dikesan.

Timbalan Pengarah Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata sempena hari Diabetes Sedunia, KKM memilih untuk memberikan lebih pengetahuan dan kesedaran kepada pesakit yang menghidap diabetes.

Ini memandangkan kesedaran rakyat terutamanya tentang penyakit tersebut dilihat masih lagi rendah.

(Dr. Feisul Idzwan Mustapha)

"Penyakit diabetes sebenarnya boleh dirawat, boleh sembuh dengan syarat dikesan awal dan di peringkat yang tidak serius dan bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menghidap diabetes, kawalan yang baik adalah penting bagi mengurangkan komplikasi," katanya.

Tambah Dr. Feisul, mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu bagi memastikan perkembangan mengenai tahap kesihatan terus dipantau.

Media Baharu