fb fb fb fb fb

Tangani kes buli, mekanisme baharu perlu dikaji

Foto FB Foto Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

SUNGAI PETANI, 9 April- Satu mekanisme baharu yang lebih tegas dan berkesan perlu dikaji bagi menangani isu buli di sekolah secara menyeluruh.

Pengerusi GiatMARA Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff menerusi kenyataan berkata, kes buli yang semakin membimbangkan menyebabkan ramai pelajar trauma dan terpaksa berpindah sekolah.

Beliau berkongsi pengalaman anak saudaranya berusia 14 tahun, yang turut menjadi mangsa buli dan enggan kembali ke sekolah sama.

Shahanim melahirkan rasa kesal terhadap sikap pelajar yang sanggup bertindak ganas seperti menampar, memijak dan memukul rakan sendiri.

Beliau turut menyokong cadangan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar bekas anggota polis atau tentera ditempatkan sebagai warden asrama bagi meningkatkan kawalan disiplin.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM