fb fb fb fb fb

Tangan remaja perempuan tersepit mesin santan

Bomba menyelamatkan tangan remaja perempuan tersepit mesin santan

PENDANG, 28 Mac- Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih satu jam selepas tangan kirinya tersepit di dalam mesin memproses santan.
 
Kejadian berlaku di Kampung Padang Durian, Pendang, Kedah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada talian Mers 999 kira-kira pukul 9.11 malam.
 
"Sebuah jentera dan EMRS Pendang telah diarah ke lokasi kejadian.
 
"Maklumat awal yang diterima di lokasi kejadian, tangan kiri seorang remaja perempuan didapati tersepit di dalam mesin memproses santan," katanya di sini.
 
Peralatan khas digunakan bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
 
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.
 
Operasi tamat pada pukul 10.18 malam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI