KEPALA BATAS, 12 Julai - Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan untuk menanam 100,000 batang pokok Pinang sempena sambutan Hari Landskap Negara yang akan disambut Oktober ini.
Exco Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, inisiatif itu sebagai usaha mengembalikan identiti asal negeri yang sinonim dengan nama pokok tersebut.
"Pulau Pinang pada satu zaman dulu banyak pokok Pinang. Lama kelamaan pokok Pinang berkurang. Kita berhasrat tahun ini hari laskap kita nak taman 100,000 pokok Pinang. Kita berhasrat di setiap sudut banyak pokok Pinang", kata beliau selepas majlis pelancaran program di Taman Bandaraya Vision Park.
Inisiatif itu akan dilaksanakan secara bersepadu membabitkan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MBSP dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.