fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Operasi cari mangsa tidak pernah berhenti

BATANG KALI, 22 Disember 2022 - Operasi mencari mangsa tanah runtuh di sini, tidak pernah berhenti.

Tinjauan media mendapati pelbagai usaha dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama sehingga hari ini yang memasuki hari ketujuh.

Operasi ini telah diteruskan lagi sehingga 24 jam dan buat masa ini tiada lagi mangsa baharu yang hilang ditemui.


(Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 26 lagi
disahkan terkorban dan tujuh lagi masih hilang)

Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 26 lagi disahkan terkorban dan tujuh lagi masih hilang.

Kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father's Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Media Baharu