fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu, Kemaman paling terjejas

KUALA TERENGGANU, 22 Disember- Seramai 36,000 orang daripada 9,723 keluarga terjejas banjir di Terengganu, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan dilihat berkurang, berbanding 40,453 orang daripada 11,167 keluarga, petang semalam.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri, mereka kini ditempatkan di 254 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah negeri itu.

"Daerah Kemaman masih lagi mencatatkan angka penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu seramai 7,418 orang daripada 1,988 keluarga dan ditempatkan di 23 PPS. Diikuti daerah Besut, 6,672 penduduk, Hulu Terengganu 2,838 orang, dan Dungun 6,036 orang," katanya.


(Foto BERNAMA)

Daerah Setiu pula 2,375 penduduk terjejas banjir, Kuala Nerus 3,907 orang, Kuala Terengganu 2,838 orang dan Marang 992 orang.

Media Baharu