fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi teliti cadangan MYTV bersiaran di peringkat ASEAN – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan bagi memastikan platform televisyen digital percuma kebangsaan, MYTV dapat bersiaran di peringkat ASEAN.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini cadangan berkenaan sedang melalui beberapa proses daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Saya akan terus memberi sokongan kepada pihak MYTV dan kita juga sedang berbincang untuk memastikan MYTV juga dapat bersiaran di peringkat ASEAN cuma menunggu beberapa proses di pihak MCMC," katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Enjoy TV5 MYTV di sini, hari ini.

Selain itu, Fahmi turut memaklumkan Radio Komersial Malaysia (CRM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga sedang berbincang bagi memperluas aplikasi MYTV kepada Infotainment Head Unit (IHU) untuk kenderaan buatan tempatan.

"Ini antara perkara yang sedang dibincangkan oleh Commercial Radio Malaysia (CRM) bersama dengan pihak MITI dan saya menyokong usaha ini kerana kita lihat ia peluang yang baik untuk kita menyajikan kandungan untuk kereta-kereta yang mempunyai...dipanggil Infotainment Head Unit ataupun IHU," katanya.

Terdahulu, MYTV melancarkan saluran baharu filem dan hiburan, Enjoy TV5 yang akan mula bersiaran pada 10 Mei ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD