KUALA LUMPUR, 5 Mei- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi pilihan kedua.
Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif, meningkatkan daya saing negara serta memperkukuh pengiktirafan graduan TVET di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata terdapat pelbagai institusi TVET di seluruh negara yang menawarkan kursus dalam bidang menarik seperti automotif, elektrik, masakan, teknologi maklumat, jahitan, perhotelan dan lain-lain.
"Permohonan ke UP_TVET Perdana Ambilan Julai 2025 kini masih dibuka. Bagi kursus tanpa temuduga, permohonan dibuka sehingga 15 Jun 2025 dan bagi kursus yang memerlukan temuduga, permohonan dibuka sehingga 30 Mei 2025.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://mohon.tvet.gov.my dan lengkapkan permohonan.
"Mari jadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya", katanya menerusi perkongsian di Facebook.