fb fb fb fb fb

Dua rumah, sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Miri

Dua rumah, sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Wireless, Miri petang Sabtu

MIRI, 15 November - Dua buah rumah dan sebuah kedai musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Wireless, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.35 petang sebelum tiga jentera FRT bersama sebuah kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, Lopeng dan Lutong digerakkan ke lokasi.

Sebaik tiba, didapati struktur tidak kekal itu telah musnah terbakar 100 peratus, dengan api marak di keseluruhan bangunan.

“Anggota melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 91.44 meter dengan dua nozel serta satu aliran salur bantu mula, bersumberkan air dari pili bomba berhampiran,” kata kenyataan itu.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala operasi diketuai PBK II TBBK I Suhardi bersama 19 anggota.

Usaha memadam dan mengawal kebakaran masih diteruskan setakat operasi dijalankan.

GRACE AISYAH KEDAYAN