PETALING JAYA, 5 Mei- Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud berlaku di Taiwan pada pukul 6.53 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata, gempa dengan kedalaman 11 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 110 km timur dari Taichung, Taiwan.
Gempa itu berpusat di koordinat 23.9° utara dan 121.9° timur.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sebelum itu, gempa sederhana turut berlaku di lokasi sama pada pukul 6.10 petang tadi.