fb fb fb fb fb

Banjir kilat dijangka landa enam negeri

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Banjir kilat dijangka melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi, Muar serta Mersing.

Di Pahang melibatkan tiga daerah iaitu Kuantan, Maran serta Pekan.

"Di Perak dua daerah dijangka terjejas iaitu Bagan Datuk dan Hilir Perak. Selangor membabitkan Klang. Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang dan Kuala Terengganu. Manakala di Sabah ialah Tuaran," katanya.


(Foto BERNAMA)

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

Media Baharu