fb fb fb fb fb

Pelbagai jenis dadah bernilai RM371,075 dirampas

JOHOR BAHRU, 22 Disember- Pelbagai jenis dadah seberat 7.258 kilogram (kg), bernilai RM371,075 dirampas polis Johor, pada pukul 12.15 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan menerusi operasi khas itu.

Suspek positif dadah methamphetamine serta mempunyai rekod berkaitan kes dadah.

"Hasil siasatan awal, sindiket aktif sejak Oktober lalu, menggunakan aplikasi We – Chat sebagai kaedah perhubungan dan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah, sebelum dipasarkan ke sekitar Johor," katanya menerusi kenyataan.


(Sebuah kereta yang digunakan suspek disita)

Dadah dirampas, 6.85kg serbuk ecstasy, 1,000 biji pil erimin 5, 145 biji pil ecstasy dan 74 gram ketamine.

Sebuah kereta yang digunakan suspek disita.

Suspek direman sehingga 27 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu