fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Dua lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat 23 orang

(Angka korban tragedi tanah runtuh di Batang Kali meningkat kepada 23 orang)

BATANG KALI, 17 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan dua lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, sebentar tadi.

"Mangsa merupakan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki," katanya pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi itu, di sini, hari ini.

Dengan penemuan itu, angka korban meningkat kepada 23 orang, manakala 10 lagi masih hilang, setakat pukul 1.45 tengah hari.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Norazam berkata operasi SAR yang memasuki hari kedua hari ini turut melibatkan tujuh ekor anjing pengesan (K9) daripada JBPM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 135 petugas SAR yang pakar dengan kejadian tanah runtuh.

(Dua mayat ditemukan pasukan SAR hari ini)

Media Baharu