fb fb fb fb fb

CUEPACS harap kerajaan baharu dapat realisasi gaji minimum RM1,800

(Datuk Adnan ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Konvensyen
Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-29 Sesi 2022-2025/BERNAMA)

SHAH ALAM, 17 Disember- Kerajaan baharu bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat merealisasikan tuntutan gaji minimum RM1,800..

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat, perkara itu sudah dicadangkan kepada kerajaan tiga tahun lalu, bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19 dan pertukaran kerajaan, ia tidak dapat dilaksana.

"Dan sebelum ini juga sebenarnya kita telah bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam banyak perkara yang kita telah dapat selesaikan dan akan datang juga banyak perkara yang mungkin mampu diselesaikan. Tetapi yang paling penting apa saja yang nak diselesaikan gaji tetap naik dulu.

"Kos kehidupan di luar sana meningkat. Macam-macam perbelanjaan pada ketika ini yang pada kajian CUEPACS telah meningkat sebanyak RM148 sebulan untuk barangan yang sama," kata Adnan dalam Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29 Sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Lebih 1800 perwakilan dan pemerhati menghadiri program 3 hari itu yang diadakan bagi memilih tampuk kepimpinan baharu CUEPACS.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

(Majlis Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29 Sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam)

Media Baharu